Penggiatan Germaine de Staël

Semasa zaman Revolusi

Bahagian ini kosong.
Anda boleh bantu dengan menambah isi bahagian ini. (Ogos 2020)

Pada 2 September 1789, suatu soal siasat besar-besaran bakal dilaksanakan dalam kalangan orang yang ada hubungan kebangsawanan dan keagamaan dipersetujui dalam kalangan anggota Sidang Kebangsaan. Beliau yang merasa terancam nyawanya cuba melarikan diri sebaik sahaja mendapat khabar ini. Meskipun beliau menyamar berpakaian seperti seorang duta, namun orang ramai mengesannya dan menahannya untuk dibawa menghadap Maximilien de Robespierre di dewan bandar Paris.[6] Namun, Robespierre melepaskan Germaine; Germaine dibawa pulang dengan pengawasan Louis Pierre Manuel ke rumahnya. Pada keesokan hrinya; Jean-Lambert Tallien yang mengetuai Komun Paris keesokan harinya berjumpa Germaine membawakan pasport baru yang membolehkan Germaine melepasi sempadan polis.[7]

Semasa Zaman Napoleon

De l'Allemagne, suatu penulisan yang mengkritik pemerintahan sedia ada di Perancis.Beliau nekad menerbitkan karya ini di negara tersebut sehingga berseloroh menulis ketidakpuashatiannya kepada pihak Maharaja memandangkan ia boleh dilihat sebagai menempelak Napoleon secara tidak langsung dan halus[8] Malah, Menteri Polis Anne Savary menegah Staël berbuat demikian atas rasa kasihan kepadanya - sifat kandungan buku tersebut diulaskan Savary yang menegur: "karya terbaru kamu tidak keperancisan. Ia bakal memberi tanggapan bahawa negara ini [Perancis] seolah-olah tidak dapat menemukan titik sehaluan malah akan menyebabkan orang yang kamu sanjung menjadi berkurang". (« Votre dernier ouvrage n’est point français. Il m’a paru que l’air de ce pays-ci ne vous convenait point, et nous n’en sommes pas encore réduits à chercher des modèles dans les peuples que vous. »)[9][10]

Pada awalnya selepas penerbitan De l'Allemagne, Germaine tidak begitu diganggu, namun tempat pertemuannya menjadi sasaran pihak polis yang memberkas dan memnghukum buang para pengikutnya seperti François-Emmanuel Guignard, De Montmorency dan Récamier atas hubungan mereka. Oleh yang demikian, Germaine merancang pelolosan diri dengan manuskrip dibawanya ke England atau Sweden. Beliau bertolak dari Coppet pada 23 Mei 1812 atas alasan mahu bersiar, namun beliau membuat lecongan perjalanannya ke Bern, Innsbruck dan Salzburg sebelum ke Vienna untuk berjumpa Klemens von Metternich yang mendapatkan pasport memudahkan beliau bersuaka di Rusia.[11] Apabila Napoleon menakluk Rusia pada 1812, de Staël, dua anaknya dan Schlegel bertolak dari Brno melalui Galicja Habsburg ke Łańcut untuk berjumpa Rocca. Mereka kemudiannya merantau jauh ke selatan sebelum mereka tiba berlindung di Volhynia pada 14 Julai 1812.

Beliau segera bertolak ke Coppet pada bulan Mac 1815 setelah mendapat tahu pendaratan Napoleon di Côte d'Azur (antara Cannes dan Antibes).[12] Beliau berjaya mendapatkan pampasan atas hutang keluarganya dengan pemerintah Bourbon Perancis tahun 1778 sebelum meletusnya Revolusi.[13] Beliau berpindah ke Itali pada bulan Oktober tahun sama dengan meletusnya Pertempuran Waterloo demi kesihatan kedua-dua diri dan suami beliau yang menghidap batuk kering, mereka berpindah ke Coppet pada Jun tahun berikutnya.

De Staël pulang ke Paris pada musim 1816–17. Di sana beliau berkenalan dengan Arthur Wellesley, Duke Wellington di mana mereka menjadi kawan karib; dari persahabatan ini De Staël berjaya meyakinkan Wellesley mengurangkan pengaruh tentera terhadap Perancis dalam kegentingan berikutan peperangan yang menimpa Perancis.[14]

Rujukan

WikiPedia: Germaine de Staël http://www.espace-rousseau.ch/f/textes/stael1788.p... http://www.hls-dhs-dss.ch/textes/f/F16051.php http://www.bartleby.com/65/st/Stael-Ge.html http://www.nybooks.com/articles/22689 http://www.tandfonline.com/doi/pdf/10.1080/0707533... //archive.org/search.php?query=((subject:%22Sta%C3... http://www.gutenberg.org/author/Sta%C3%ABl,+Madame... http://www.gutenberg.org/ebooks/16245 http://oll.libertyfund.org/pages/stael-and-the-fre... http://www.bbc.co.uk/programmes/b09drjm1